DAPUR KAK SHEEYA

Nama saya Yusrah Binti Md Nor. Ada yang mengenali saya dengan panggilan “Sheeya”. Saya merupakan isteri kepada seorang lelaki yang hebat & kreatif! Juga ibu kepada 4 orang anak yang sentiasa buat saya terhibur.

Saya menetap di Shah alam dan bekerja sepenuh masa sebagai Contract Specialist di salah sebuah GLC Link Company.

Saya bukanlah guru baking yang ada sijil baking. Saya sendiri tak pernah jangka saya boleh jadi guru baking dan ada private class baking. Kalau anda nak tau, seumur hidup saya tak pernah pandai baking, tapi saya ni pencinta dessert! Saya ada taste saya sendiri dalam menilai dessert yang saya makan.

Cerita bermula apabila saya melangkah kaki sebagai Advisor Thermomix pada July 2020. Saya mula berjinak-jinak buat cake dan roti ikut resepi Thermomix dan semuanya menjadi! Bila buat menjadi kita naik seronok. Lama-lama saya perasan saya memang ada passion dalam bidang baking.

Saya mula aktif menjual cupcake dan cinnamon rolls dan saya amat terkejut dengan sambutan yang saya dapat – diluar jangkaan sampai tak menang tangan. Saya dapat modal bersih beli Thermomix hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja dengan menjual Cupcakes dan Cinnamon Rolls.

Ketika menjalankan tugas sebagai Advisor Thermomix, dengan tak sengaja saya telah mengajar customer Thermomix saya untuk jadi seperti saya. Ramai customer saya buat duit melalui jualan cupcakes, cinnamon rolls, lemonade, dodol, aneka pes dan macam-macam lagi.

Ermine Buttercream adalah asbab tercetusnya idea untuk saya buka baking class kerana ramai Thermomix User yang berminat untuk belajar buttercream dengan saya. Maka terhasillah Family Dapur Kak Sheeya. Alhamdulillah sehingga kini saya telah bantu lebih 150 orang pelajar untuk berniaga menggunakan resepi yang saya ajarkan didalam online class.

Sekiranya anda mahu berjaya seperti mereka, sertai keluarga kami hari ini! Daftar sebagai ahli Family Dapur Kak Sheeya untuk pelaburan yang berbaloi.

-Yusrah Binti Md Nor-
(Dapur Kak Sheeya)

JOIN FAMILY DAPUR KAK SHEEYA