Dari Minat Baking ke Platform Online Baking Class with Thermomix

Pernah tak korang bermimpi nak hasilkan kek, bun, atau puding yang nampak macam dari bakery profesional, tapi sebenarnya dibuat sendiri dari dapur rumah?

Sejak dulu lagi, saya memang teringin sangat nak pandai buat cupcake dengan buttercream yang cantik macam yang kita nampak di cafe atau hotel. Saya kalau tengok youtube orang piping buttercream, selalu berangan saya yang piping.

Kalau tengok cupcake dengan piping buttercream yang kemas dan cantik, saya selalu tertanya-tanya:

“Macam mana nak buat macam tu?”

Tapi segalanya mula berubah bila saya mula menggunakan Thermomix TM6.

Antara perkara pertama yang saya belajar ialah buat kek dan buttercream menggunakan Thermomix. Kemudian Ciinnamon rolls. Apa yang mengejutkan saya, hasil pertama kali pun sudah cukup baik sehingga ada jiran request nak beli.

Dari situ saya mula ambil tempahan kek dan cupcake untuk keluarga, jiran dan kawan-kawan. Lama-kelamaan ia bertukar menjadi jualan kecil-kecilan dari rumah.

Dari Customer Minta Ajar, Jadi Baking Class

Bila dah jadi Thermomix Advisor, semakin ramai customer yang beli Thermomix daripada saya mula bertanya perkara yang sama:

“Boleh tak ajar buat kek dan buttercream?”

Pada awalnya saya hanya mengajar secara santai kepada beberapa customer.

Namun sesuatu yang menarik berlaku.

Ramai antara mereka mula berjaya menghasilkan kek sendiri, start jual, malah ada yang sampai masuk news paper.

Resepi buttercream yang saya gunakan juga mula menjadi popular dalam kalangan pengguna Thermomix. Bukan sahaja customer saya, malah advisor Thermomix lain dan pengguna Thermomix yang bukan customer saya juga mula request saya mengajar mereka baking menggunakan Thermomix.

Dari situlah tercetus idea untuk membina satu platform pembelajaran yang lebih tersusun:

Online Baking Class with Thermomix – Thermomix Baking Classes

Kenapa Kelas ini Dibina

Ramai orang minat baking, tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula.

Thermomix memang sangat membantu kerana proses baking menjadi lebih mudah dan konsisten. Tetapi jika tujuan anda adalah untuk menghasilkan produk yang sedap, cantik dan sesuai untuk dijual, ada beberapa perkara penting yang perlu dipelajari.

Dalam kelas ini, saya bukan sekadar berkongsi resepi.

Pelajar juga akan belajar perkara penting seperti:

Presentation
Cara menghias kek, cupcake, puding dan cinnamon rolls supaya nampak professional dan menarik untuk pelanggan.

Costing & Pricing
Cara kira kos bahan, menentukan harga jualan dan margin keuntungan. Dengan pengalaman saya sebagai Quantity Surveyor, saya bina costing sheet khas supaya student bukan sahaja belajar baking, tetapi juga faham kira kos bahan, harga jualan, dan margin keuntungan.

Teknik Baking Konsisten
Tips dan teknik supaya hasil baking kekal konsisten walaupun membuat banyak batch.

Mindset & Bisnes Baking
Panduan mudah untuk mula menjual dari rumah, termasuk idea packaging dan cara memulakan jualan.

Resepi yang diajar dalam kelas ini bukan sekadar ikut resepi dalam Cookidoo, tetapi hasil R&D sendiri yang disesuaikan khas untuk Thermomix supaya mudah diikuti oleh beginner dan stabil untuk dibuat berulang kali.

2021, kelas ini mula jadi perhatian ramai pengguna Thermomix, termasuk advisor, kerana mereka juga nak belajar cara baking dengan Thermomix yang mudah dan konsisten. Jadi, saya terus improve platform ini dari masa ke semasa untuk pastikan semua student dapat hasil baking yang berkualiti dan yakin untuk mula berniaga.

Bermula Dengan 2 Resepi Sahaja

Baking class ini sebenarnya bermula dengan sangat sederhana.

Pada awalnya saya hanya mengajar 2 resepi sahaja:

• 1 jenis cake
• 1 jenis buttercream

Namun dari masa ke masa, saya mula menambah:

• resepi baru
• teknik baru
• modul baru

Sehingga hari ini kelas ini telah berkembang menjadi berpuluh-puluh resepi lengkap yang boleh dipelajari oleh pelajar.

Walaupun kelas ini dijalankan secara online, saya memastikan ia tetap praktikal dan mudah diikuti.

Dalam kelas ini pelajar akan belajar:

• teknik baking menggunakan Thermomix
• cara membuat buttercream yang stabil
• teknik piping yang cantik
• cara menghasilkan produk baking untuk jualan

Beginner Friendly – Walaupun Ini Kali Pertama Anda Baking

Class ini direka supaya mesra beginner.

Walaupun anda tidak pernah baking sebelum ini, anda masih boleh mengikuti class ini dengan mudah. Dalam setiap sesi, anda boleh:

  • ikut demonstrasi langkah demi langkah
  • buat latihan secara hands-on di rumah
  • Belajar fleksible, anda yang tentukan masa anda
  • bertanya soalan jika ada perkara yang kurang jelas

Matlamat saya adalah untuk membantu anda membina keyakinan dalam baking, bukan sekadar mengikut resepi sahaja.

Sesuai Untuk Home Bakers dan Hobbyists

Baking class ini sesuai untuk sesiapa sahaja, sama ada:

  • anda ingin baking sekadar hobi
  • anda suka membuat kek untuk keluarga
  • atau anda ingin mula menjual hasil baking sendiri

Ramai pelajar yang bermula hanya sebagai home baker, tetapi selepas mengikuti class ini mereka mula menjadikan baking sebagai sumber pendapatan dari rumah.

Costing Sheet – Rahsia Ramai Student Berjaya Berniaga

Kelas ini direka khas supaya mesra beginner.

Walaupun anda tidak pernah baking sebelum ini, anda masih boleh mengikuti kelas ini dengan mudah.

Dalam setiap modul, anda boleh:

• mengikuti demonstrasi langkah demi langkah
• belajar secara hands-on di rumah
• belajar mengikut masa anda sendiri
• bertanya soalan jika ada perkara yang kurang jelas

Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar membina keyakinan dalam baking, bukan sekadar mengikut resepi.

Costing Sheet – Rahsia Ramai Student Mula Berniaga

Kalau nak beli Costing Sheet sahaja boleh click link sini Buy Costing Sheet

Ada satu perkara yang saya sangat banggakan dalam baking class ini.

Saya bukan sekadar mengajar cara baking — saya juga mengajar cara mengira kos dengan betul.

Background saya sebenarnya adalah Quantity Surveyor dengan lebih 17 tahun pengalaman, jadi costing memang bidang kepakaran saya.

Sebab itu saya membina satu costing sheet khas untuk pelajar baking class ini.

Saya selalu beritahu student:

“Costing sheet ni macam diamond.”

Dengan costing sheet ini, pelajar boleh mengetahui dengan jelas:

• kos bahan sebenar
• kos setiap produk
• harga jualan yang sesuai
• margin keuntungan

Disebabkan sistem ini, ramai pelajar mula menjual produk seperti:

• cinnamon rolls
• cupcake
• puding
• kek

dan menjadikannya sumber pendapatan kecil dari rumah.

Pilihan Kelas Yang Ditawarkan

Jika anda mempunyai Thermomix TM6 atau TM7, anda boleh menyertai Online Baking Class ini.

Terdapat dua pilihan utama:

1️⃣ Family Package

Akses penuh kepada semua resepi dan modul dalam baking class.

Harga: RM850

2️⃣ Single Class

Jika anda ingin mencuba terlebih dahulu, anda juga boleh memilih untuk belajar satu resepi sahaja.

Single class sesuai untuk mereka yang ingin fokus kepada satu jenis produk sahaja.

Contohnya:

• Butter Cake
• Puding
• Cinnamon Rolls

Beza Single Class vs Family Package

Jika anda hanya berminat untuk belajar satu resepi tertentu sahaja, Single Class sudah memadai.

Namun jika anda:

• ingin belajar lebih banyak resepi
• mahu mempunyai lebih banyak pilihan untuk dijual
• atau bercadang untuk memulakan bisnes kecil dari rumah

Family Package adalah pilihan yang lebih berbaloi.

Dalam Family Package, anda akan mendapat:

✔ semua resepi dalam baking class
✔ costing sheet untuk kira kos dan harga jual
✔ panduan untuk memulakan jualan dari rumah

Jika dikira mengikut jumlah kelas, kosnya sebenarnya hanya sekitar RM27 sahaja bagi setiap kelas.

Itulah sebabnya ramai pelajar memilih package ini.

Special Untuk Customer Yang Beli Thermomix Dengan Saya

Untuk customer yang membeli Thermomix melalui saya, anda akan mendapat:

Akses PERCUMA ke Online Baking Class ini

Kenapa?

Kerana pada asalnya kelas ini dibina sebagai support group khas untuk customer Thermomix saya, supaya mereka boleh:

• belajar menggunakan Thermomix dengan lebih maksimum
• membina keyakinan dalam baking
• dan berpeluang menjadikan baking sebagai sumber pendapatan dari rumah

Kenapa Korang Patut Join Baking Class Ni

Kalau korang join Thermomix Baking Class ni, banyak benda best yang korang akan dapat. Antara perkara yang pelajar paling suka tentang kelas ini:

Baking dengan lebih yakin walaupun beginner
Hasil konsisten dengan bantuan Thermomix
Banyak idea resepi untuk dicuba
Belajar kira kos dengan betul menggunakan costing sheet
Sesuai untuk yang ingin mula bisnes baking dari rumah

Selain itu, pelajar juga boleh berkongsi hasil baking mereka dalam komuniti class dan saling memberi semangat antara satu sama lain.

Jadi, kalau korang nak belajar, enjoy baking, dan mungkin start bisnes sendiri, join lah class ni. Serius, korang takkan menyesal!

Antara student yang dah join baking class

             

FAQ’s

  1. Perlu pengalaman baking sebelum join?
    Tak perlu! Kelas ni direka untuk beginner atau pun yang ada sedikit pengalaman baking.
  2. Boleh belajar guna Thermomix walaupun cuma ada TM6 atau TM7?
    Boleh sangat! Kelas ni memang tailor-made untuk TM6 & TM7, model yang biasa guna di Malaysia.
  3. Kelas dijalankan secara online ke atau face-to-face?
    Boleh pilih! Ada private lesson, group session, atau online class ikut keselesaan korang.
  4. Berapa kos kelas?
    Bergantung pada format: resepi tunggal, sesi private, atau family bundle package.
  5. Boleh terus praktik dekat rumah ke?
    Confirm boleh! Lepas kelas, korang akan ada resepi, keyakinan, dan tips untuk adapt ikut dapur sendiri.
  6. Boleh guna ilmu ni untuk bisnes baking?
    Boleh sangat! Ramai student guna resepi & costing sheet yang dia belajar untuk mula jual kek, puding, cupcake, dan lain-lain.
  7. ‼️ FIRST TIME JOIN PJJ? WAJIB BACA!

    1️⃣ Apa tu PJJ?
    Belajar dari rumah, online je! 📱💻

    2️⃣ Platform & Keperluan

    • Guna Facebook (korang wajib ada FB!)
    • Ada Thermomix = join semua kelas
    • Takde Thermomix = join Puding & Cinnamon Rolls je, manual resepi sendiri

    3️⃣ Cara Belajar

    • Recipe Card
    • Video Rakaman
    • Tips & Tricks
      Boleh tengok bila-bila masa dalam FB Close Group

    4️⃣ FB Close Group

    • Private, hanya untuk yang bayar je
    • Video & panduan disusun rapi, senang nak follow

    5️⃣ Ada Kelas Live?

    • TIDAK. Semua ikut panduan FB Close Group

    6️⃣ Bila Boleh Start?

    • Lepas bayaran, terus masuk group & mula bila-bila masa korang nak!

    🎉 Itu sebab ramai pilih PJJ Dapur Kak Sheeya – belajar fleksibel, ikut masa korang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *